JellyPages.com

Thursday, November 13, 2014

Lagi entri pasal makan...

Assalamualaikum..hari ni saya nak perkenalkan satu restoren yg baru dibuka berhampiran homestay kami...INDIES RESTAURANT...masa mula2 tgk x berani nak jejak kaki...its too indies...tp sebnarnya di sini ada disajikan menu makanan india yg sangat sedap pada harga berpatutan dan halal..(http://www.indiesrestaurant.com/). Kalau sampai sini x tau nak makan kat mana bolehlah cuba menu di restoren ini...
menu mutton banana leaf set pada harga RM12.90
 
ni plak gambaran outdoor dan indoor restoren...Nampak dari tepi jalan je kalau nak ke homestay...betul2 sebelah starbuck..

Wednesday, October 29, 2014

Laksa curlazz....

Untuk peminat tegar laksa penang pasti jangan lepaskan peluang untuk singgah di Kedai Laksa Tempurung on the way jalan ke Teluk Kumbar.. Hidangan yang unik dlm tempurung menambah kelazatan dan keaslian laksa nih...

Friday, October 24, 2014

Konvokesyen USM

Pada 5 Nov 2014 hingga 9 Nov 2014 adalah merupakan tarikh penting kepada pelajar-pelajar USM yang akan menerima ijazah mereka pada Majlis Konvokesyen USM ke 50 tahun. Wow dah separuh abad rupanya USM, ia mmg antara university yang terbaik di Malaysia. Seperti tahun-tahun sebelum nih mmg berebut org nak amik homestay utk konvo ni...maaf ye pada semua sebab rumah dah fully book dari 6-10 Nov ni...tahniah pada semua pelajar yg akan grad...

Tempahan homestay untuk November

6-8 November 2014: Pn Khalijah
8-10 November 2014: En. Fauzan
16-17 November 2014: En Sofian


Tempahan homestay untuk Disember

11-14 Disember 2014: Pn Norie
22-25 Disember 2014: Pn Rohana


tarikh selain dari disenaraikan masih available....cepat2 booking yer sempena cuti sekolah yang akan bermula 22 Nov nih...jemput mai ke negeri penang

Wednesday, October 8, 2014

City Walk 2015

jom ramai-ramai daftar aktiviti riadah bersama keluarga...

Friday, September 26, 2014

Penang Bridge Marathon

 

 
November ini ada program marathon kat jambatan Pulau Pinang. Ini adalah event tahunan yang memang mendapat sambutan hangat...Seperti tahun-tahun sebelum ni...ade je member2 ofis yg join aktiviti ni...saya? ntah le bila Nye sanggup nak berlari kat atas jambatan tuh...sapa2 yang berminat jangan lepaskan peluang ni...sila register beramai2...yang dok di luar KL boleh booking homestay saya erk kalo join aktiviti ni...sila booking cepat...sapa lambat tak dapat...

Saturday, September 13, 2014

Straits Green

Minggu last raya dapat undangan dari Kak Zai untuk ke jamuan raya anjuran E&O (developer untuk homestay saya). Diorang buat kat Straits Green...sejak beli rumah kat tg tokong tu x penah tau ada tempat ni...lepas dapat undangan tu try pegi cari kat mana (nak attend jamuan x sempat sbb ada kenduri) lokasi nya...cantik rupanya taman tu...utk beriadah bersama keluarga mmg menarik...ni saya share skit gambar nye...tu pun google ye harap maaf sbb x sempat nak snap pic..


nanti sesapa yang stay kat depenang homestay boleh bwk anak ronda petang2 kat sini...dekat je ngan straits quay...

Sunday, February 2, 2014

Tempat makan menarik di Pulau Mutiara

Kalau datang ke Penang, tak sah kalau anda semua tak merasa makanan-makanan di sini yang enak hingga menjilat jari. Kalau nak tanya tempat feberet saya sudah tentunya MEE SOTONG HAMEED PATA...memang terangkat...marvellous....kalo bawak Syafi (anak ke-2 saya) appointment Hospital Penang mesti singgah sini...



(credited to eatoutsam.blogspot.com)
 
Restoren Hameed Pata ni terletak kat Padang Kota Lama. Waktu operasinya 12:00 tengah hari hingga 8:00 malam, dan kedai tutup pada hari Ahad. Tapi saya penah gak try gi sana dlm kul 6 lebih tp selalunya tutup...mungkin dah habis kot mee goreng special nih...kalo tak nak menyesal waktu yg ideal untuk mai sini adalah kul 1 ptg hingga 3ptg...kalo lewat mmg melepas lah...